MADAH CINTA KENANGAN MANIS
Aku harap....engkau akan sentiasa bergembira selaluWalaupun ianya cuma tinggal sebuah kenangan...Di antara kita berdua..
Aku masih ingat lagie........Di satu petang yang indahkita begitu gembiraberjalan berdua-duansambil berpimpin tangansepanjang jalandan...engkau kelihatan begitu cantik sekalidengan senyuman mu yang manis itu ....!
Arrrggghhhh......!Sebuah senyuman yang tidak dapat ku lupakanYang telah membunuh ku sehingga kehari ini!dan menghalang ku..Daripada mencintai wanita yang lain...!!
p.s.sitan.blogdrive.comadalah blog puisi aku juga.(blog itu sudah ku delete..)
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik
cerpen cinta
luahan hati
keluhan jiwa.
Madah cinta mimpi
Wahai sayang ku…..Ujung jarimu ku kucup mesra malam tadiArrrghhhhhh...!Rupa-rupanya aku bermimpi…..!
Salahkah jika aku bermimpi…?Berganding mesra bersama mu disebuah tamanLalu mengikat janji asmara dakapan mesraSehidup semati hingga keshurga….
Salahkah jika aku bermimpi?Mengharap cinta mu sepenuh hati dan jiwa-ragaSuka dan duka hidup bersamaSehingga kehujung dunia…..
Salahkah jika aku bermimpi?Menyintai diri mu sehingga mati..!
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
koleksi puisi cinta
Madah cinta kerinduan 04
Madah cinta kerinduan 04
Wahai sayang ku..!Wahai manis ku…!
Apalah erti semuanya ini?Jika engkau jauh dari diri kuTanpa mu disisi kuHati ini kerinduanHati ini kekosongan…
Marilah sayang kuDatanglah segera kepada kuAku rindu pada muAku cinta pada mu…!(jangan biarkan aku kesaorangan..!)
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
koleksi puisi cinta
MADAH CINTA RINDU 03
MADAH CINTA RINDU 03
Tahukah kau ….sayang ku?Masa berlalu begitu perlahan tanpa diri mu..Dir
i ku jadi tidak menentu…!
Aku rindu ingin bersama muAku rindu ingin menyentuh mu
Aku rindu senyuman mu..Aku rindu belai manja muAku rindu nada suara muAku rindu sentuhan muAku rindu belaian kasih mu…Arrrggghhhhhh…!Aku dilamun rindu…!
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
koleksi puisi cinta
Untuk siapa?
Seluar lama sudah lusuhBaju juga turut lusuhDimana pakaian baru?Haruskah aku membelinya?Untuk siapa?
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
Madah cinta lagu rindu
MADAH CINTA LAGU RINDU
Ingin ku nyayikan lagu rinduIngin ku luahkan rasa hati kuHanya pada mu
Kerana aku rinduTerlalu rindu…Aku cinta pada mu!
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
Puisi cinta yahoo.
PUISI CINTA YAHOO
PUISI YAHOOWE INVITE YOU...!
Kami menjemput anda untuk menyertai ruang PUISI YAHOO ini.Sila DAFTAR dan JOIN PUISI YAHOO kami.
Marilah sama2 kita kumpulkan semua tulisan BULLETIN seni atau..karya madah cinta, puisi cinta, puisi apa2 sahaja atau...kata2 hikmat-pujangga, cerpen (cerita pendek), cerita humor atau tulisan curahan hati kita ... ATAU KARYA SESIAPA SAHAJA ….( dalam bahasa melayu atau bahasa indonesia ) ...untuk dikumpulkan, disimpan dan dimuatkan didalam ruang PUISI YAHOO ini.
Semoga kita semua sama2 dapat berkarya dan juga sama2 dapat berkongsi membaca …sambil menghayatinya....
Sekian.
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
sajak dan puisi
sastera melayu.
Madah cinta - hari raya idul fitri
MADAH CINTA - HARI RAYA IDIL FITRI
Ku ucapkan kepada semua umat islamSelamat menyambut hari raya idil fitriMaaf zahir dan bathinDan...selamat bertemu dilain masaDan dilain tulisan
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
Madah cinta - Rehat
MADAH CINTA - REHAT
Aku rehat!Sibuk dengan berbagai2 perkaraKehidupan dan apa2!
Jumpa aku di...
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
Madah cinta dan karya sastera
MADAH CINTA DAN KARYA SASTERA
Aku tengok....Mereka bukannya sibuk menulis!Mereka bukannya sibuk menambahkan hasil karya mereka!
Tetapi....Apa yang aku nampak ialah...Mereka lebih sibuk berbincang, bercerita dan berborak pasal teory sastera!
Botol kicap atas mejaBanyak cakap kurang kerja!
Mereka sibuk mengkritik puisi orang lain!Mereka sibuk mengulas karya orang lain!Mereka sibuk cakap ini....cakap itu.....!Namun....memperbanyakkan hasil karya itu sendiri...mereka tidak pentingkan!Itulah yang telah aku lihat kenyataannya!
Botol kicap atas mejaBanyak cakap malas kerja!
Kalau tukang cakap memang banyak!Kalau tukang mengulas memang banyak!Kalau tukang nak betolkan tulisan orang lain memang banyak!
TETAPI....Tukang mengarang dan meluahkan rasa hati jiwa sendiri...AMATLAH sedikit!
Botol kicap atas mejaJangan dibiarkan masuk anginKan nanti ....tak sedap pulak rasanya!
Aku berpendapat...Apa yang penting ialah menghasilkan karya sastera itu sendiri!Yang penting Menghasilkan LUAHAN inspirasi masing2!LUAHAN...Demi luahan......Demi luahan...demi luahan...!Itulah yang lebih penting!(samada orang lain suka atau tidak..itu tidak penting!)
Kerana yang sebenarnya...Apabila kita cuba menghasilkan sebuah hasil karya dengan luahan rasa hati kita....Kita SEBENARNYA telah bekerja MENGGILAp HATI JIWA KITA SENDIRI...!Kita sebenarnya telah berusaha melembutkan dan memperhaluskan hati perasaan jiwa kita sendir!
MENGILAP DAN MENCUCI HATI JIWA SENDIRI ITU ADALAH PENTING..!!
Aku kata...Bekerjalah dan berusahalah mencuci hati jiwa sendiri sepanjang hayat!
Dan aku kata lagi....Seni tulis sastera itu....adalah salah satu alat pencuci hati!Alat pelembut hati jiwa sendiri...!
Barangkali ...kita TIDAK akan berjaya untuk mencuci hati jiwa SEMUA manusia dengan karya kita!Barangkali ...karya kita TIDAK berjaya memuaskan hati orang lain!Barangkali ...karya kita di tuduh rendah nilai sasteranya!Barangkali ...karya kita dikata...tidak mempunyai nilai mesej yang baik kepada masyarakat!Barangkali....Barangkali....
Namun yang pentingnya ialah....Kita telah berjaya menyentuh perasaan hati jiwa kita sendiri dengan karya kita!Kita telah berjaya bekerja mengilap dan mencuci hati jiwa kita sendiri dengan hasil karya kita!Kita telah berjaya melembutkan kerasnya hati kita sendiri dengan hasil karya kita!ITULAH YANG LEBIH MUSTAHAK!
Kerana itulah...Saorang seniman itu sebenarnya bekerja memperindahkan hati jiwanya sendiri supaya...lebih berjiwa halus, indah, lembut lagi murni!
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
Puisi cinta sudah hilang!
PUISI CINTA SUDAH HILANG!
Aku sudah tidak berdaya!Puisi cinta ku sudah hilang!Hilang entah kemana..?
Hati ini menjadi begitu membaraBila mendapat tahu kisah seorang suami celaka yang suka memperbodoh2kan isterinya!
Kesian si isteri itu!Kisah si isteri yang sering ditipu olih suaminya!Kisah si isteri yang sering digertak2 olih suaminya...supaya taat dan patuh kepada suaminya yang laparkan wang ringgit serta membesarkan egonya!
Kisah si isteri yang dihalang olih si suami daripada dapat pergi bercampur mesra bersama ahli keluarganya sendiri!
Kisah si isteri yang dilarang olih suaminya dari pergi mengaji al Quran kerumah ibunya!Kisah si isteri yang dilarang olih suaminya dari mengaji al Quran bersama2 adik beradiknya!
Kisah si isteri yang sering diperbodoh2kan dan digertak2 olih si suami ...yang mengunakan hujah2 agama ... agar si isteri menjadi bahalul mengikut perintah si suami tanpa usul periksa!!
Kisah si suami yang pandai berpura-pura dan berlagak alim dan warak dihadapan orang lain semata2 untuk mendapat pujian dan wang ringgit dari orang lain!
Kisah si suami yang sering rasa dengki dan busuk hati terhadap kelebihan orang lain!
DAN...Kerana itulah...Aku telah kehilangan puisi cinta ku!
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
Madah cinta puisi cinta karya siapa?
MADAH CINTA PUISI CINTA KARYA SIAPA?
Aku telah baca banyak MADAH CINTA dan PUISI CINTA yang telah ditulis didalam bermacam2 blog yang ada dialam cyber ini.
Ada yang baik-baik dan ada juga yang agak menarik.Aku tidak pasti sama ada tulisan si penulis madah cinta atau penyair puisi cinta di blog tersebut adalah hasil karya asli SAJAK dan PUISI tulisan mereka sendiri.
Apa yang aku pasti ialah....Aku TIDAK akan mengambil PUISI CINTA atau MADAH CINTA atau apa2 pun tulisan penulis2 tersebut tanpa izin mereka!
Sekurang2nya...jika aku mengambil hasil karya tulisan mereka ...maka aku kan letakkan alamat URL blog mereka dan NAMA mereka didalam blog ku ini!
Begitulah caranya aku memberi penghormatan kepada mereka2 yang telah bersusah payah menghasilkan MADAH CINTA atau PUISI CINTA tulisan mereka itu...didalam blog mereka dialam cyber ini.
Aku percaya bahawa, seorang yang sebenar2nya berjiwa seniman yang tulin tidak akan mencuri karya2 penulis, penyair atau penyajak2 yang lain dan kemudian cuba mengaku bahawa itu adalah tulisan hasil karya mereka sendiri!
Mencuri hasil karya tulisan orang lain dan kemudian mengaku sebagai tulisan mereka sendiri ...adalah satu sifat yang mundur ....yang bukan sebenar2nya sifat seorang seniman tulin yang berjiwa luhur, mulia lagi halus.
Jika kita sering mencuri karya2 orang lain dan cuba mengaku kepunyaan kita....maka lama lelamaan...keupayaaan dan kebolehan kita untuk berkarya akan menjadi lemah dan tumpul!
Yang pentingnya ialah, kita seharusnya berkawan dan berkenal sesama penyair PUISI CINTA dan MADAH CINTA dialam cyber ini.
Ini akan membuat dan mendorong diri kita sendiri supaya lebih berjiwa jujur dan berhati luhur kearah menjadi seorang manusia seniman sejati.
Ku ucapkan selamat berkenalan kepada semua penulis, penyajak dan penyair PUISI CINTA, PUISI KASIH, MADAH CINTA yang berada dialam cyber ini.Dan selamat terus menulis dan berkarya....
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
Madah cinta hari raya idul fitri
Bulan Syawal telah pun tiba..!Ku ucapkan selamat menyambut hari raya kepada semua umat islam sedunia...Maaf zahir dan bathin!Semoga ...semua didalam aman sejahtera hendaknya..
Dibawah ini ku isikan sebuah puisi yang telah ku ambil dari sebuah blog..Aku suka akan puisi ini..
MADAH CINTA DAN HARI RAYA IDUL FITRI
Bulan Shawal berkunjung tibaRamadhan sudah berlalu pergi...Takbir hari raya dilaungkanMemuji Tuhan sekelian alamPenuh kesyukuran dalam rintihanPenuh harapan.....
Wajah ceria berpandanganSaling maaf - bermaafanBuang yang keruh ambil yang jernihBertekad azam didalam dadaMemperbaharui amal dihari muka.
Hidup didunia hanya sementaraPeluang beramal sentiasa terbukaPencucui isi dada dari daki duniaSatu perjalanan keluhuran jiwaMeniti usia kehari tua.
RUJUKAN...
p.s.SEKALI LAGI...Ku ucapkan selamat hari raya Idul Fitri kepada semua...!Maaf dzahir dan bathin...!
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik
cerpen cinta
luahan hati
keluhan jiwa.
Madah cinta dan bulan ramadhan ku.
MADAH CINTA DAN BULAN RAMADHAN KU
Kali ini bulan ramadhan tiba lagi!Seperti biasa ramai umat islam berpuasa...Aku tidak pasti berapa ramaikah yang berpuasa kali ini...
Kadang2 aku terfikir...Cuaca tidak menentuKadang2 panas dan kadang2 hujanKenderaan begitu sibuk dijalan raya kotaManusia zaman ini begitu ligat bergerak kesana kesiniMasing2 dengan usaha masing2 cuba mengejar kejayaan kehidupan....Ada yang stress dan ada yang keletihanMasih adakah yang sanggup berpuasa di bulan ramadhan ini..???Masih adakah yang mahu membersih diri fikiran hati dan jiwanya dengan berpuasa di bulan ramadhan..??Entah..lah!Aku pun tidak tahu...
Apa yang ku tahu ialah...Bulan ramadhan sentiasa bakal tiba setiap tahun!Selagi dunia belum kiamat!
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
Madah Cinta Sedih.
MADAH CINTA SEDIH
Hatiku terluka lagi!Siapa yang dapat memahami diri ku ini?Pada sekeping hati nuraniDan pandangan yang jauh serta sebuah shurgaSatu kebenaran....Bagai perisai dan sebuah senjataPemagar diri yang terluka ini.
Hatiku terluka lagi..!Disebalik kabus kejahilan dan kedegilanMereka2 yang mengambil mudah erti kewujudanPada sekeping hati...Dan sebuah impian kesejahteraanYang pasti kekal abadi!
MADAH CINTA SEBUAH TULISAN.
Wahai kawan2 ku...Dengarlah bisikan kata2 ku ini.
Tulislah wahai kawan2 ku..!Tulislah madah cinta muTulislah puisi cinta muTulislah apa2 yang telintas dihati mu!Rasakan getaran suara hati naluri muBiarkan ia bersuara menjeritBiarkan seisi dunia mendengarkannya luahannyaLuahan rasa hati seorang manusia!
Wahai kawan ku...!Jangan engkau berdiam diriJangan engkau hanya menjenguk disana siniKomentar sana komentar sini!Bukankah engkau juga mempunyai rasa hati?Sedikit naluri untuk berpuisi?
Wahai kawan ku...Percayalah bahawa ...kita cuma insan biasacuba meneroka rahasia kehidupanSama-sama juga ada kekurangansama-sama ada sedikit kepahitanDidalam merenangi lautan madah cinta inicuba membongkar rahasia hakikat puisi cinta!
madah cinta
puisi cinta
koleksi madah cinta
madah madah cinta
kumpulan madah cinta terbaik
Madah Cinta Dan Kepelbagaian Gaya.
MADAN CINTA DAN KEPELBAGAIAN GAYA.
Aku suka menulis MADAH CINTAAku suka menulis PUISI CINTADan..Aku menulis mengikut rasa isi hatiku.
Biarlah penyair2 lain menulis PUISI-PUISI kesukaan mereka masing2.Biarlah penyajak2 lain menulis SAJAK2 kesukaan mereka masing2.Kerana menulis itu adalah lahir dari keikhlasaan dan kecenderungan hati dan minat masing2.
Menulis PUISI tidak boleh dipaksa-paksa.Menulis SAJAK tidak boleh dipaksa-paksa.Menulis MADAH tidak boleh dipaksa-paksa.Kerana kerja menulis KARYA SENI itu sendiri adalah satu kerja dari rasa kemanusian itu sendiri.
Masing2 menulis mengikut cita rasa masing-masing.Masing2 menulis mengikut gaya tulisan masing2.
Ada yang menulis dengan gaya yang mudahSementara yang lain pula menulis dengan gaya yang mendalam dan berbelit-belit.Itulah keunikan dunia tulisan PUISI dan MADAH.Yang menghidangkan kepelbagaian warna dan cita rasa.
Memang manusia itu sendiri berbagai ragamBerbagai seleraBerbagai cita rasaBerbagai sudut pandanganBerbagai cita2 dan kemahuan.
DAN aku cuma seorang manusia biasa.Yang suka membaca dan menulis MADAH CINTA dan PUISI CINTA.
madah cinta
puisi cinta
koleksi madah cinta
madah madah cinta
kumpulan madah cinta terbaik
Puisi Cinta Air Mata - Cinta2
PUISI CINTA AIR MATA
Jangan engkau titiskan air matamu ......wahai manis ku!Jangan engkau murungkan wajahmu ....wahai manis kuJangan engkau kurungi diri mu ............ wahai manis kuKerana aku…..Tidak akan dapat meneruskan hidup ku iniUntuk melihat engkauTerus berduka!
CATATAN..Puisi ini aku ambil dari blog aku
madah cinta
puisi cinta
puisi terbaik
cerpen terbaik.
puisi kasih
koleksi puisi cinta
cerpen cinta
Puisi Cinta - Koleksi Puisi Sitan
PUISI CINTA KOLEKSI PUISI SITAN.
PUISI CINTA TIDAK DATANG LAGI.
Aku tahuPUISI CINTA sudah mulai pergitidak datang lagisudah lari jauh darikuterlalu jauhentah dimana.
Aku tahuPUISI CINTA sedang sakittidak lagi bangkitterlalu uzur untuk memandang kutidak mahu bersama kudan bosan terhadap ku.
Aku tahuPUISI CINTA mulai benci terhadap kuKerana aku....dan ramai manusia lain...sudah berhati batu!
jgan prnah mencintai org yg kamu cintai..
krna org yg kamu cintai belum tentu mencintai kamu..